Unit Penyeliaan merupakan satu unit yang penting dalam perkhidmatan hospital. Unit ini diketuai oleh seorang Penolong Pegawai Perubatan U36 dan dibantu oleh seorang Penolong Pegawai Perubatan U36.

Merangkumi pengurusan keselamatan, pembangunan, perkhidmatan kenderaan, program kesihatan seperti pengurusan unit-unit di bawah penyeliaan Unit Penyeliaan seperti Jabatan Kecemasan dan Trauma, Rumah Mayat, Klinik Pakar 2, Unit Hemodialisis, dan Unit Kenderaan serta penglibatan dalam kursus "Continuous Medical Education" (CMAE) untuk Penolong Pegawai Perubatan.

Bil Jenis Kenderaan Jumlah
1 Ambulans 7
2 Minibas 2
3 Utiliti Van 0
4 Kereta Jenazah 1
5 Kereta Mayat 1
6 Proton Wira 1

 

Penyelenggaraan dan pembaikan kenderaan diteruskan oleh syarikat konsesi. Sebanyak 3 kenderaan iaitu sebuah van utiliti dan dua buah minibas telah mendapat sijil "TEB" dan proses pelupusan kenderaan sedang dijalankan.

 

Program Continuous Medical Education (CME)

Unit ini juga bertanggungjawab menguruskan “CME” untuk Penolong Pegawai Perubatan. Pada masa ini CME diadakan sekali dalam sebulan. Juga diadakan “CME” untuk Penolong Pegawai Perubatan anjuran Persatuan Pembantu Perubatan untuk seluruh Negeri Selangor iaitu 2 sesi dalam setahun.

 

Program Fasiliti Kesihatan Bebas Dari Pembiakan Nyamuk Aedes

Program ini berterusan dari tahun 1991. Pemeriksaan untuk jentik-jentik aedes dijalankan setiap minggu. Langkah-langkah untuk memusnahkan tempat-tempat pembiakan jentik-jentik serta kerja-kerja “fogging” dilakukan di kawasan hospital.

 

Perkhidmatan Kawalan Keselamatan

Perkhidmatan ini disediakan 24 jam sehari oleh 36 pengawal keselamatan termasuk dua orang pengawal bersenjata merangkumi 15 pos keselamatan di kawasan Hospital Kajang. Perkhidmatan ini diberi oleh Syarikat CF Security Services Sdn. Bhd. Mulai 16hb. Jun 2008 sehingga 15hb. Jun 2010

Kandungan telah diakses 17887 kali
Waktu Melawat
  • Wad 1, 2, 3, 4, 6, 8 & 9
    • Isnin - Jumaat
      12.30PM - 2.00PM || 4:30PM - 7:30PM
    • Sabtu, Ahad & Cuti Umum
      1.00PM - 7.00PM
  • ENZO
    • Isnin - Jumaat
      12.30PM - 2.00PM || 4:30PM - 7:30PM
    • Sabtu, Ahad & Cuti Umum
      1.00PM - 7.00PM
  • Wad 5 & Wad 7 || Wad Rawatan Rapi (ICU / NICU / SCN)
    • Isnin - Jumaat
      12.30PM - 2.00PM || 4:30PM - 7:30PM
    • Sabtu, Ahad & Cuti Umum
      4.30PM - 7.00PM
  • Kecemasan
    • 24 Jam
  • Kafeteria
    • 7:00AM - 8:00PM
Perkhidmatan Atas Talian