Jabatan Patologi adalah salah satu jabatan di Hospital Kajang yang merupakan sebuah hospital kerajaan di bawah pengawasan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Jabatan ini bernaung di bawah direktorat Perkhidmatan Sokongan Klinikal yang menawarkan perkhidmatan diagnostik bagi menyokong perkhidmatan kepakaran yang disediakan oleh Hospital Kajang. Jabatan ini menggunakan sistem maklumat Laboratory Information System (LIS) dan/atau laporan bercetak untuk pengedaran keputusan ujian yang dikeluarkan.
Jabatan Patologi menyediakan perkhidmatan asas dan rutin 24 jam bagi Unit Patologi Kimia, Hematologi dan Transfusi Perubatan. Unit Mikrobiologi Perubatan juga menyediakan perkhidmatan 24 jam bagi sesetengah ujian seperti ujian BFMP, NS1 Antigen dan CSF FEME. Selain dari ujian yang dinyatakan di atas, ujian specialized dan ujian-ujian mikrobiologi yang lain adalah mengikut waktu bekerja biasa iaitu Isnin hingga Jumaat (8.00 pagi hingga 5.00 petang).
Jabatan Patologi terdiri dari 4 Unit utama iaitu Unit Patologi Kimia, Unit Hematologi, Unit Transfusi Darah, dan Unit Mikrobiologi.
Fungsi utama jabatan ini adalah menyediakan perkhidmatan makmal diagnostik kepada Hospital Kajang, klinik-klinik kesihatan kerajaan di sekitarnya, agensi-agensi kerajaan dan pusat perubatan swasta yang berdekatan (yang mempunyai Memorandum Persefahaman). Skop perkhidmatan adalah merangkumi:
- Hematologi
- Mikrobiologi Perubatan
- Patologi Kimia
- Transfusi Perubatan
- Makmal Dadah
Unit-unit tersebut diketuai oleh Pakar-Pakar Patologi dan Pegawai Sains.
Perkhidmatan yang tidak ditawarkan akan dirujuk ke institusi luar. Fungsi-fungsi lain adalah menyediakan perkhidmatan perundingan dan latihan kemahiran kepada kakitangan jabatan dan pelatih dari institusi luar.
- Wad 1, 2, 3, 4, 6, 8 & 9
- Isnin - Jumaat
12.30PM - 2.00PM || 4:30PM - 7:30PM - Sabtu, Ahad & Cuti Umum
1.00PM - 7.00PM
- Isnin - Jumaat
- ENZO
- Isnin - Jumaat
12.30PM - 2.00PM || 4:30PM - 7:30PM - Sabtu, Ahad & Cuti Umum
1.00PM - 7.00PM
- Isnin - Jumaat
- Wad 5 & Wad 7 || Wad Rawatan Rapi (ICU / NICU / SCN)
- Isnin - Jumaat
12.30PM - 2.00PM || 4:30PM - 7:30PM - Sabtu, Ahad & Cuti Umum
4.30PM - 7.00PM
- Isnin - Jumaat
- Kecemasan
- 24 Jam
- Kafeteria
- 7:00AM - 8:00PM