Perkhidmatan Kerja Sosial Perubatan telah diperkenalkan di Hospital Kajang semenjak November tahun 2002. Percantuman pengkhususan bidang-bidang dalam kerja sosial yang membentuk kerja sosial genetik telah menampilkan peranan dan kewujudan Pegawai-pegawai Kerja Sosial Perubatan semakin hari semakin penting. Dari masa ke semasa peranan dan sumbangan perkhidmatan kerja sosial perubatan semakin mencabar dalam arus permodenan selari dengan pertambahan masalah-masalah sosial yang dibawa oleh pembangunan dalam menjurus ke arah negara maju, telah memperlihatkan bahawa pendekatan merawat penyakit sosial perlu diberi perhatian yang serius dengan mengambilkira berbagai aspek seperti emosi, sosial-ekonomi, rangkaian perhubungan dan sokongan (support) keluarga dan mereka yang berkepentingan.

Sokongan Terapi (supportive therapy)

  • Sokongan emosi /motivasi /khidmat nasihat dan rundingan
  • Kaunseling:Individu, keluarga & kelompok
  • Susulan kes /Follow up
  • Masalah rumahtangga, keganasan, ibu tanpa nikah, perkosaan dan penderaan
  • Orang kurang upaya (fizikal dan mental)
  • Khidmat 'mediator' antara pesakit hospital dan agensi-agensi lain.
 

Bantuan Praktik

  • Membuat siasatan dan menyediakan laporan penilaian sosio-ekonomi pesakit
  • Perancangan keluar dari wad
  • Mengesan waris pesakit
  • Menguruskan penempatan pesakit terdampar ke institusi kerajaan dan bukan kerajaan (NGO'S)
  • Mendapatkan bantuan peralatan perubatan/implan dan prostesis
  • Mendapatkan bantuan kewangan jangka panjang (sara hidup)
 

Sukarelawan Hospital

Jabatan ini juga bertanggungjawab untuk menyelaras Perkhidmatan Sukarelawan Hospital yang berfungsi untuk memberi perkhidmatan sokongan kepada perkhidmatan hospital dalam bentuk memenuhi keperluan sosial, emosi dan kerohanian pesakit-pesakit.

Waktu Operasi

 

Isnin – Jumaat : 8.00pg – 5.00ptg

Kandungan telah diakses 17166 kali
Waktu Melawat
  • Wad 1, 2, 3, 4, 7, 8 & 9
    • Setiap Hari (termasuk Hari Kelepasan Am)
      12.30PM - 2.00PM || 4:30PM - 7:30PM
  • Wad Rawatan Rapi (ICU / NICU / SCN)
    • Setiap Hari (termasuk Hari Kelepasan Am)
      12.30PM - 2.00PM || 4:30PM - 7:30PM
  • Wad Bersalin (Wad 5 & Wad 6)
    • Setiap Hari (termasuk Hari Kelepasan Am)
      12.30PM - 2.00PM || 4:30PM - 7:30PM
  • Kecemasan
    • 24 Jam
  • Kafeteria
    • 7:00AM - 8:00PM
Perkhidmatan Atas Talian