Hospital Kajang terletak di sebelah timur Bandar Kajang di dalam Daerah Hulu Langat, Negeri Selangor Darul Ehsan. Menurut catatan sejarah, ia dibina pada tahun 1889 di atas tanah seluas 16 ekar, kira-kira 30km di tenggara Kuala Lumpur.

Hospital ini telah berkembang maju selaras dengan pembangunan daerah Hulu Langat dari 250 katil pada tahun 1970an kepada 306 katil pada masa kini. Dari segi struktur bangunan, hospital ini telah menerima bangunan tambahan peringkat demi peringkat. Dalam tahun 1910, pembinaan bangunan wad yang masih kekal sehingga kini, bangunan wad setinggi 4 tingkat pada tahun 1976. Bangunan lain adalah blok Sajian Makanan (1983), Rumah Mayat (1985), blok Patologi (1992). Bangunan tambahan lain adalah melalui Projek Pembangunan Semula Fasa 2, Hospital Kajang telah dibiayai oleh Bank Pembangunan Asia berjumlah RM14.1 juta dan telah siap pada tahun 1999. Ianya terdiri dari Wad Bersalin Kelas 1 & 2 (22 katil), Unit Rawatan Khas Bayi (20 katil), Dewan Bedah (3 bilik), Unit Rawatan Rapi (6 katil), Wad Kanak-kanak (25 katil) dan blok Rehabilitasi.

Dan pada tahun 2009 Hospital Kajang telah menerima bangunan tambahan baru iaitu blok Pengimejan dan Diagnostik baru, Klinik Psikiatri dan Wad Psikiatri.

 

Kandungan telah diakses 2940 kali
Statistic Pelawat:
Last Update:
Waktu Melawat
  • Unit Rawatan Rapi (ICU)
    • 12:30PM - 2:00PM
  • Wad Umum
    • Isnin - Jumaat
      Sesi 1: 12:30PM - 2:00PM
      Sesi 2: 4:30PM - 7:30PM
    • Sabtu, Ahad & Cuti Umum
      12.30PM - 7.30PM
  • Kecemasan
    • 24 Jam
  • Kafeteria
    • 8:00AM - 10:00PM
  • Jabatan Rekod Perubatan
    • 8:00AM - 5:00PM
      (Rehat: 1:00PM - 2:00PM
      Jumaat: 12:15PM - 2.45PM)
Perkhidmatan Atas Talian