Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental, Hospital Kajang merupakan salah satu jabatan yang menyediakan perkhidmatan psikiatri di kawasan selatan Selangor. Perkhidmatan ini telah dimulakan seawal tahun 1990-an lagi dan berkembang sedikit demi sedikit sehinggalah kepada projek naiktaraf terkini di bawah Rancangan Malaysia ke-9 di mana perkhidmatan pesakit dalam telah dimulakan sejak Mei 2011.

Perkhidmatan Pesakit Luar dibahagikan kepada:

1) Klinik

  • Klinik Ulangan
  • Klinik Kes Baru
  • Klinik Kecemasan
  • Klinik Liaison
  • Klinik Psikogeriatrik (UPM)
  • Klinik Kanak-kanak dan Remaja (UPM)
  • Psikologi Klinikal (UPM)
  • Kaunseling
 

2) Pusat Rawatan Harian

  • Pesakit yang telah stabil akan dirujuk ke Pusat Rawatan Harian untuk proses rehabilitasi dan latihan agar mereka boleh kembali semula dan berfungsi seoptimum mungkin dalam masyarakat. Pesakit-pesakit mestilah berupaya untuk mengikut arahan dan hanya memerlukan seliaan yang minima di pusat tersebut dan hendaklah patuh kepada pemakanan ubat seperti yang diberitahu oleh doktor. Pesakit-pesakit dan keluarga mereka perlulah menguruskan sendiri perihal pengangkutan mereka untuk pergi dan balik.
 

Perkhidmatan Pesakit Dalam

Kemasukan pesakit adalah dari Klinik Pakar Psikiatri, Klinik Kecemasan Psikiatri dan Jabatan Kecemasan. Kemasukan pesakit juga adalah rujukan dari hospital berdekatan yang belum lagi menyediakan perkhidmatan pesakit dalam.  

Semua kemasukan pesakit hanyalah selepas dilihat dan dinilai oleh Pegawai Perubatan Psikiatri dan berbincang dengan Pakar Psikiatri.

Rondaan klinikal di wad akan dilakukan setiap hari oleh pegawai perubatan dan pakar. Grand ward round akan dilakukan sekali setiap minggu.

Penjagaan kejururawatan yang khusus diberikan kepada pesakit-pesakit yang mempunyai risiko tinggi untuk membunuh diri dan agresif.

Pengetahuan mengenai penyakit dan perawatan serta sesi kaunseling diberikan kepada para pesakit dan keluarga secara berterusan. Pesakit dan keluarga diberi persediaan sebelum pesakit discaj dari wad. Pelan perawatan jangka panjang selepas discaj dari wad dibincangkan bersama; antara lain melibatkan pemantauan sebagai pesakit luar atau melalui perkhidmatan komuniti psikiatri.

 

Perkhidmatan Komuniti Psikiatri

Kriteria Untuk Rujukan

  • Pesakit tinggal di dalam lingkungan 25 km radius dari Hospital Kajang.
  • Pesakit mestilah warganegara Malaysia
  • Pesakit sepatutnya mempunyai tempat tinggal yang tetap
  • Pesakit mempunyai waris atau ahli keluarga yang tinggal bersama beliau
  • Pesakit bukanlah pesakit yang mengalami masalah ketagihan dadah sahaja (purely substance abuse/dependence)

A. Objektif Am

Untuk menyediakan perkhidmatan pengesanan dan pengesahan dadah, rujukan untuk rawatan dan detoksifikasi pesakit dengan masalah penagihan dadah dan alkohol.

 

B. Objektif Spesifik

  • Untuk mengkoordinasikan dan berinteraksi dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), jabatan-jabatan kerajaan, agensi lain dan agensi bukan kerajaan untuk melaksanakan prosedur ke arah meminimakan penagihan dadah.
  • Untuk mengenalpasti penagih dadah seperti yang diperlukan oleh jabatan yang lain.

Untuk melaksanakan Standard Operating Procedures dalam pengesanan dan pengesahan penagihan dadah

Kandungan telah diakses 2956 kali
Statistic Pelawat:
Last Update:
Waktu Melawat
  • Unit Rawatan Rapi (ICU)
    • 12:30PM - 2:00PM
  • Wad Umum
    • Isnin - Jumaat
      Sesi 1: 12:30PM - 2:00PM
      Sesi 2: 4:30PM - 7:30PM
    • Sabtu, Ahad & Cuti Umum
      12.30PM - 7.30PM
  • Kecemasan
    • 24 Jam
  • Kafeteria
    • 8:00AM - 10:00PM
  • Jabatan Rekod Perubatan
    • 8:00AM - 5:00PM
      (Rehat: 1:00PM - 2:00PM
      Jumaat: 12:15PM - 2.45PM)
Perkhidmatan Atas Talian