Program MS ISO 9001:2015 Hospital Kajang

Bagi menyambut saranan kerajaan melalui Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 2.1996 bertarikh 11 Julai 1996 (di mana semua agensi Kerajaan dikehendaki melaksanakan program MS ISO sebelum akhir tahun 2000), Hospital Kajang telah memulakan program kualiti ini.

Ini adalah salah satu langkah memantapkan lagi usaha meningkatkn tahap kualiti dalam penyampaian perkhidmatan.

Namun, disebabkan oleh perkara yang tidak dapat dielakkan, Hospital ini hanya dapat memulakan pelaksanaan program MS ISO 9001:1994 pada tahun 2003. Pensijilan yang pertama telah diperolehi dari pihak MAMPU pada tahun yang sama.

Sehingga tahun 2020, hospital ini telah melalui tiga(4) versi yang berbeza iaitu:

    1) Versi MS ISO 9001:1994 (2003 hingga 2005)

    2) Versi MS ISO 9001:2000 (2005 hingga 2008)

    3) Versi MS ISO 9001:2008 (2008 hingga 2018)

    4) Versi MS ISO 9001:2015 (2018 hingga kini)

Perubahan versi telah melibatkan pindaan pada kebanyakan dokumen MS ISO termasuk Manual Kualiti bagi memenuhi versi baru yang lebih fokus kepada kepuasan pelanggan, tindakan pencegahan dan pembetulan, penambahbaikan berterusan serta bersesuaian dengan perubahan semasa dalam pemberian perkhidmatan.

Berikut adalah pencapaian pensijilan yang telah diperolehi:

 

BIL VERSI

BADAN PENSIJILAN

JENIS SIJIL

TEMPOH/TAHUN
1. MS ISO 9002:1994 MAMPU Sijil pendaftaran Sistem Kualiti MS ISO 9000 Perkhidmatan Awam Malaysia (No pendaftaran: PA 0523) Sah sehingga 31/12/03
2. MS ISO 9001:2000 SIRIM Berhad Quality Management Systems Certificate Scheme 2005
3. MS ISO 9001:2000 SIRIM QAS International Sijil Pendaftaran Sistem Kualiti (No Pendaftaran: AR 3821) 11/11/05 hingga 10/11/08
4. MS ISO 9001:2000 SIRIM QAS International Sijil Pematuhan (No Pendaftaran: AR 3821) 11/11/05 hingga 14/11/10
5. MS ISO 9001:2008 SIRIM QAS International Pensijilan Semula (No Pendaftaran: AR 3821 11/11/08 hingga 10/11/11
6. MS ISO 9001:2008 SIRIM QAS International Pensijilan Semula (No Pendaftaran: AR 3821) 9/1/12 hingga 10/11/14
7. MS ISO 9001:2008 SIRIM QAS International Pensijilan Semula (No Pendaftaran: AR 3821) 11/11/2014 hingga 10/11/2017

Perancangan aktiviti bagi program MS ISO 2015 adalah seperti di bawah:

 

Kandungan telah diakses 24666 kali
Waktu Melawat
  • Wad 1, 2, 3, 4, 6, 8 & 9
    • Isnin - Jumaat
      12.30PM - 2.00PM || 4:30PM - 7:30PM
    • Sabtu, Ahad & Cuti Umum
      1.00PM - 7.00PM
  • ENZO
    • Isnin - Jumaat
      12.30PM - 2.00PM || 4:30PM - 7:30PM
    • Sabtu, Ahad & Cuti Umum
      1.00PM - 7.00PM
  • Wad 5 & Wad 7 || Wad Rawatan Rapi (ICU / NICU / SCN)
    • Isnin - Jumaat
      12.30PM - 2.00PM || 4:30PM - 7:30PM
    • Sabtu, Ahad & Cuti Umum
      4.30PM - 7.00PM
  • Kecemasan
    • 24 Jam
  • Kafeteria
    • 7:00AM - 8:00PM
Perkhidmatan Atas Talian