Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia,

Selamat datang diucapkan ke Laman Web Rasmi Hospital Kajang. Laman Web Rasmi Hospital Kajang ini adalah merupakan satu lagi usaha Hospital Kajang dalam mempertingkatkan lagi kualiti perkhidmatan yang disediakan khususnya dari segi penyebaran maklumat-maklumat seperti profil, fungsi dan perkhidmatan yang disediakan oleh Hospital Kajang. Portal ini juga bertujuan untuk memudahkan komunikasi di antara pelanggan dan Hospital Kajang.

Adalah menjadi harapan saya agar laman web ini dapat memberi maklumat berguna yang diperlukan oleh pelanggan.

Saya amat mengalu-alukan pandangan dan komen anda bagi membantu kami dalam usaha-usaha untuk mempertingkatkan lagi kualiti perkhidmatan yang disediakan kepada semua pelanggan.

Saya juga menyeru kepada anggota Hospital Kajang agar menerapkan moto 'Kami Sedia Membantu' dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam memberikan layanan kepada pelanggan agar dapat memenuhi ekspektasi pelanggan terhadap Hospital Kajang.

Akhir kata saya ingin mengucapkan syabas dan terima kasih kepada semua yang telah memberi sumbangan penting dalam pembinaan Laman Web Rasmi Hospital Kajang ini. Diharapkan usaha-usaha pengemaskinian maklumat mengenai perkhidmatan senantiasa dilakukan dari semasa ke semasa oleh Ketua-ketua Jabatan dan Ketua-ketua Unit di Hospital Kajang ini.

Selamat melayari Laman Web Rasmi Hospital Kajang.

 

DR MD FIKRI BIN ABU BAKAR

Pengarah Hospital
Hospital Kajang
Selangor

Kandungan telah diakses 4213 kali
Statistic Pelawat:
Last Update:
Waktu Melawat
  • Unit Rawatan Rapi (ICU)
    • 12:30PM - 2:00PM
  • Wad Umum
    • Isnin - Jumaat
      Sesi 1: 12:30PM - 2:00PM
      Sesi 2: 4:30PM - 7:30PM
    • Sabtu, Ahad & Cuti Umum
      12.30PM - 7.30PM
  • Kecemasan
    • 24 Jam
  • Kafeteria
    • 8:00AM - 10:00PM
  • Jabatan Rekod Perubatan
    • 8:00AM - 5:00PM
      (Rehat: 1:00PM - 2:00PM
      Jumaat: 12:15PM - 2.45PM)
Perkhidmatan Atas Talian