Tugas dan fungsi yang perlu dilaksanakan oleh Ahli Lembaga Pelawat ialah seperti berikut:-

  1. Penghubung antara hospital dan komuniti
    Bertindak sebagai penghubung dan mengeratkan hubungan antara Hospital dan komuniti. Ahli Lembaga boleh memainkan peranan perhubungan awam yang positif dengan memberi penerangan yang jelas kepada orang awam mengenai kemudahan-kemudahan dan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh pihak hospital serta masalah-masalah yang dihadapi oleh pihak hospital dalam memberi perkhidmatan kepada orang ramai.
    Dengan cara ini imej dan peranan sesebuah hospital akan dapat diperbaiki dan perkhidmatan Lembaga Pelawat akan disanjung tinggi.
  2. Mengadakan lawatan ke hospital
    Mengadakan lawatan ke hospital untuk mendapatkan makluman mengenai perkhidmatan yang diberikan di Hospital, masalah-masalah yang dihadapi oleh Hospital berkaitan perkhidmatan kepada pesakit dan waris, masalah yang dihadapi oleh pesakit dan waris berkaitan perkhidmatan hospital dan kebajikan yang boleh dilaksanakan bagi membantu pesakit dan waris. Ahli Lembaga hendaklah menyediakan laporan mengenainya selepas setiap lawatan dan membincangkan dalam mesyuarat ahli Lembaga Pelawat.
  3. Perkhidmatan Kebajikan Kepada Pesakit dan Hospital
    Memberi perkhidmatan kebajikan kepada pesakit-pesakit dan Hospital umpamanya dengan mengumpulkan buku-buku dan majalah untuk bacaan pesakit, mengumpul dan menghadiahkan pakaian lama kepada pesakit miskin serta mengumpul dan menghadiahkan barang-barang permainan kepada pesakit kanak-kanak. Selain daripada itu, ahli Lembaga juga boleh secara peribadi menyumbangkan atau mendapatkan bantuan kewangan misalnya untuk membaiki surau, menyediakan seni tanam, tempat pesakit berehat dan sebagainya. Perkhidmatan sebegini akan dapat memberikan sumbangan positif daripada Ahli Lembaga Pelawat.
  4. Melibatkan Diri dalam Aktiviti Hospital
    Melibatkan diri dalam aktiviti Hospital dengan komuniti seperti kempen menderma darah, kempen anti merokok dan sebagainya. Ahli Lembaga boleh mengatur program-program berkaitan untuk membantu Hospital menjayakan program-program yang membina. Dalam menjalankan semua tugas dan fungsi yang tersebut di atas, Ahli Lembaga tidak dibenarkan untuk mengganggu dalam sebarang urusan pentadbiran hospital dan rawatan pesakit.
  1. Mesyuarat Lembaga Pelawat hendaklah diadakan sekurang-kurangnya 4 kali setahun dan tidak melebihi 12 kali setahun dan dipengerusikan oleh seorang Ahli Lembaga yang telah dilantik dan turut dihadiri oleh Pengarah Hospital / wakil dan mana-mana pegawai yang ditetapkan oleh Pengarah Hospital berkenaan.
  2. Pengerusi tiap-tiap Lembaga Pelawat Hospital hendaklah terdiri daripada seorang Ahli Lembaga yang dipilih dalam mesyuarat di mana kehadirannya tidak kurang dua pertiga daripada ahli-ahlinya. Sekiranya ketiadaan Pengerusi, seorang ahli lain boleh dilantik dari kalangan ahli Lembaga Pelawat sebagai pengganti untuk menjadi Pengerusi bagi mesyuarat berkenaan.
  3. Pengerusi Lembaga adalah bertanggungjawab di atas kelicinan perjalanan setiap Lembaga yang dipengerusikannya.
  1. Timbalan Pengarah (Pengurusan) / Bahagian Pengurusan Hospital akan bertindak sebagai urus setia untuk menguruskan perjalanan Lembaga. Alamat surat menyurat berkaitan Ahli Lembaga Pelawat boleh menggunakan di alamat (d/a) Hospital berkenaan.
  2. Tugas-tugas urus setia adalah:-
    • Menyelenggara rekod keahlian Lembaga Pelawat
    • Memulakan tindakan untuk mengisi kekosongan kerana tempoh pelantikan baru atau perletakan jawatan
    • Berbincang dengan Pengerusi Lembaga bagi menyediakan jadual lawatan
    • Mengaturkan mesyuarat dan lawatan
    • Mengambil nota-nota lawatan mesyuarat
    • Mengedarkan salinan nota-nota dan laporan mesyuarat atau lawatan kepada pihak-pihak berkenaan dan
    • Mendapatkan balik kad Pengenalan Ahli Lembaga Pelawat Hospital yang masih berkuatkuasa daripada ahli-ahli yang tidak lagi menjadi Ahli Lembaga Pelawat bagi tempoh berkenaan
  1. Seelok-eloknya lawatan hendaklah di buat sebulan sekali tetapi jika ini tidak dapat dilaksanakan maka lawatan hendaklah dibuat tidak kurang 3 bulan sekali.
  2. Bilangan Ahli Lembaga dalam setiap kumpulan hendaklah tidak melebihi 5 orang setiap kumpulan.
  3. Ahli Lembaga tidak dibenarkan menghantar wakil dalam apa juga keadaan.
  4. Ahli Lembaga adalah dilarang membuat sebarang kenyataan dalam akhbar berkaitan dengan hasil lawatannya.
  5. Jadual lawatan hendaklah disediakan terlebih dahulu dan diedarkan kepada semua Ahli Lembaga. Tarikh dan waktu lawatan akan diaturkan oleh urus setia.
  6. Semasa Ahli Lembaga membuat lawatan di Hospital, Pengarah atau Timbalan Pengarah, Ketua Jururawat, Penyelia Hospital dan seorang doktor / pakar yang ditentukan oleh Pengarah Hospital hendaklah turut serta.
  7. Hasil lawatan hendaklah dibentang dan dibincangkan di dalam Mesyuarat Ahli Lembaga Pelawat.
  8. Ahli Lembaga Pelawat boleh memeriksa dan membuat lawatan ke mana-mana Jabatan dan Unit dalam hospital termasuklah wad-wad pesakit kecuali lawatan tersebut hendaklah tidak mengendalakan kerja dan tidak pula menghalang pemeriksaan dan rawatan pesakit-pesakit yang ada di dalam wad.
  9. Tempat-tempat berikut adalah dilarang untuk dilawati oleh Ahli- Ahli Lembaga Pelawat:
    • Dewan Pembedahan
    • Dewan / Bilik Bersalin
    • Bahagian Kesucian Hama
    • Wad Pengasingan
  10. Ahli Lembaga Pelawat boleh mendapatkan maklumat-maklumat  daripada pesakit yang datang ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan juga pesakit-pesakit yang di dalam wad mengenai makanan, kebersihan, layanan kakitangan-kakitangan hospital, pakaian, tempat tidur dan lain-lain kemudahan yang diberi.
  11. Catatan-catatan dan rekod tiap-tiap pesakit dan rekod-rekod lain hospital tidak boleh diperiksa oleh Lembaga Pelawat.
  12. Setiap Ahli Lembaga tidak boleh membincangkan dengan pesakit-pesakit tentang selok-belok dan teknik rawatan.
Kandungan telah diakses 17949 kali
Waktu Melawat
  • Wad 1, 2, 3, 4, 6, 8 & 9
    • Isnin - Jumaat
      12.30PM - 2.00PM || 4:30PM - 7:30PM
    • Sabtu, Ahad & Cuti Umum
      1.00PM - 7.00PM
  • ENZO
    • Isnin - Jumaat
      12.30PM - 2.00PM || 4:30PM - 7:30PM
    • Sabtu, Ahad & Cuti Umum
      1.00PM - 7.00PM
  • Wad 5 & Wad 7 || Wad Rawatan Rapi (ICU / NICU / SCN)
    • Isnin - Jumaat
      12.30PM - 2.00PM || 4:30PM - 7:30PM
    • Sabtu, Ahad & Cuti Umum
      4.30PM - 7.00PM
  • Kecemasan
    • 24 Jam
  • Kafeteria
    • 7:00AM - 8:00PM
Perkhidmatan Atas Talian