Jabatan Pengimejan Diagnostik (JPD) Hospital Kajang beroperasi melalui dua bahagian iaitu Jabatan Pengimejan Diagnostik Utama dan Jabatan Pengimejan Diagnostik (Kecemasan). Kedua-dua bangunan terletak lebih kurang 100 meter di antara satu sama lain.

Sejak 2001, banyak kemajuan dari segi struktur bangunan, penggantian alat & pembelian alat baru serta perkembangan perkhidmatan telah dicapai.

Kini jabatan memberikan perkhidmatan secara ‘in house’ bagi kesemua modaliti kecuali MRI & Fluroskopi.

Bangunan JPD Utama telah siap dibina pada tahun 2009 menempatkan peralatan Radiografi Am, Ultrasonografi dan ‘Full Field Digital Mammography’ beserta Unit Biopsi Steriotaktik di samping ruang-ruang pejabat. Bahagian ini memberi perkhidmatan dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang (Isnin hingga Jumaat).

Manakala JPD (Kecemasan) telah siap diubahsuai sepenuhnya pada tahun 2010 dan menempatkan peralatan Radiografi Am dan CT Scan (16 slice – Multi Detector CT [ MDCT]). Bangunan asal merupakan jabatan yang telah berusia hampir 100 tahun. Peralatan ‘CT Scanner’ ini pula merupakan ‘scanner’ yang pertama bagi Hospital Kajang. JPD bahagian kecemasan ini memberi perkhidmatan 24 jam setiap hari.

Selain daripada memberi perkhidmatan Radiografi Am (termasuk perkhidmatan Radiografi Mudahalih), Ultrasonografi, CT Scan, Mammografi dan Prosedur Intervensi, JPD juga memberi perkhidmatan Magnetic Resonance Imaging (MRI) dengan menggunakan peralatan di Hospital Ampang dan pemeriksaan Fluroskopi dengan menggunakan peralatan di Hospital Serdang.

Jabatan ini mempunyai 36 orang anggota iaitu 4 orang Pakar Radiologi, 6 orang Pegawai Perubatan, 20 orang Juru x-ray, 2 orang Jururawat Terlatih dan 4 orang Pembantu Perawatan Kesihatan.

a) Objektif Umum

Memberi perkhidmatan radiologi, perkhidmatan kepakaran dan rundingan yang cekap, bermutu dan tepat bagi membantu perawatan pesakit di Hospital Kajang dan Klinik Kesihatan di Daerah Hulu Langat.

 

b) Objektif Khusus

  • Menyediakan perkhidmatan yang cekap, tepat dan berkualiti dengan menghasilkan imej yang bermutu tinggi.
  • Meningkatkan skop perkhidmatan radiologi di Hospital Kajang dengan menyediakan perkhidmatan radiografi am dan pemeriksaan radiologi khas selaras dengan peningkatan perkhidmatan kepakaran di dalam disiplin yang lain.

Perkhidmatan yang Disediakan

Jabatan ini memberi perkhidmatan bagi pesakit luar dan dalam. Perkhidmatan yang diberikan adalah seperti di bawah:

BIL

MODALITI

TEMPAT

JADUAL PERKHIDMATAN

LIPUTAN PERKHIDMATAN

1.

  Radiografi Am

  JPD Utama

  Isnin - Jumaat

 - Semua wad

 - Klinik Pakar 1

 - Klinik Psikiatri 

 JPD (kecemasan)

 Setiap hari

 (24 jam)

 - Jab. Kecemasan & Trauma

 - Klinik Ortopedik

2.

  Ultrasound

  JPD Utama

  Setiap hari

  Seluruh hospital

3.

  CT Scan

  JPD (Kecemasan)

  Setiap hari

4.

  Mammografi

  JPD Utama

  Selasa, Rabu & Khamis

5.

  MRI

  Hospital Ampang

  Rabu & Khamis

6.

  Fluroskopi

  Hospital Serdang

  Jumaat

  (2 kali sebulan)

7.

 CBCT (Cone Beam CT)

  Bedah Mulut

  Isnin - Jumaat

8.

  Image Intensifier

  Dewan Bedah

  24 jam

   

Perkhidmatan Baru yang Disediakan

a)  Image Intensifier yang digunakan di Dewan Bedah secara berjadual dan juga selepas waktu pejabat.

b)  Perkhidmatan dental radiografi di Jabatan Bedah Mulut seperti CBCT (cone beam CT Scan) dan OPG.

Waktu operasi JPD Utama

Isnin - Jumaat : 8.00 pg – 5.00 ptg

Rehat (JPD Utama): 1.00 – 2.00 ptg (kecuali Jumaat, 12.15 tgh – 2.45 ptg)

 

Waktu operasi JPD Kecemasan

Setiap hari : 24jam

 

Kandungan telah diakses 2826 kali
Statistic Pelawat:
Last Update:
Waktu Melawat
  • Unit Rawatan Rapi (ICU)
    • 12:30PM - 2:00PM
  • Wad Umum
    • Isnin - Jumaat
      Sesi 1: 12:30PM - 2:00PM
      Sesi 2: 4:30PM - 7:30PM
    • Sabtu, Ahad & Cuti Umum
      12.30PM - 7.30PM
  • Kecemasan
    • 24 Jam
  • Kafeteria
    • 8:00AM - 10:00PM
  • Jabatan Rekod Perubatan
    • 8:00AM - 5:00PM
      (Rehat: 1:00PM - 2:00PM
      Jumaat: 12:15PM - 2.45PM)
Perkhidmatan Atas Talian