Jabatan Rehabilitasi mula beroperasi sepenuhnya pada bulan September 1999. Unit Fisioterapi terletak di sebelah kantin dan Jabatan Kebajikan Dan Sosial. Hospital Kajang merupakan hospital yang mempunyai pakar perubatan. Hospital ini mempunyai bilangan katil sebanyak 306. Unit Fisioterapi adalah satu komponen unit di bawah Jabatan Rehabilitasi. Unit ini mempunyai 6 perjawatan yang terdiri dari 2 perjawatan Jurupulih Perubatan Anggota U2-2 dan 4 perjawatan Jurupulih Perubatan Anggota U2-1. Di mana hanya 4 perjawatan yang telah diisi iaitu 1 perjawatan Jurupulih Perubatan Anggota U2-2 dan 3 perjawatan Jurupulih Perubatan Anggota U2-1. Perkhidmatan Fisioterapi memberi rawatan kepada pesakit luar dan dalam yang dirujuk oleh Pakar Perubatan dan Pegawai Perubatan.

Unit Fisioterapi Hospital Kajang menyediakan program Rehabilitasi seperti:-

  • Kardiorespiratori Rehabilitasi
  • Stroke Rehabilitasi
  • Trauma dan Ortopedik Rehabilitasi
  • Pediatrik Rehabilitasi

Kardiopulmonari Rehabilitasi Program (Fasa 1)

Masa perkhidmatan bagi unit ini adalah seperti berikut:

Hari Masa Catatan

Isnin - khamis

8.00 pagi – 1.00 petang

2.00 petang – 5.00 petang

Pesakit yang dirujuk perlulah membawa surat rujukan dari hospital, klinik kesihatan atau pengamal perubatan swasta.

Pesakit ulangan dikehendaki membawa kad/buku temujanji

Penjawat awam/pesara perlu membawa dokumen pengenalan (cth: surat jaminan (GL)/ kad pesara)

Bagi pelajar/pelatih perlu membawa surat jaminan dari pihak sekolah/kolej/universiti

Jumaat

8.00 pagi – 12.15 tengahari

2.45 petang – 5.00 petang

 

Unit ini ditutup pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum

Kandungan telah diakses 39026 kali
Waktu Melawat
  • Wad 1, 2, 3, 4, 7, 8 & 9
    • Setiap Hari (termasuk Hari Kelepasan Am)
      12.30PM - 2.00PM || 4:30PM - 7:30PM
  • Wad Rawatan Rapi (ICU / NICU / SCN)
    • Setiap Hari (termasuk Hari Kelepasan Am)
      12.30PM - 2.00PM || 4:30PM - 7:30PM
  • Wad Bersalin (Wad 5 & Wad 6)
    • Setiap Hari (termasuk Hari Kelepasan Am)
      12.30PM - 2.00PM || 4:30PM - 7:30PM
  • Kecemasan
    • 24 Jam
  • Kafeteria
    • 7:00AM - 8:00PM
Perkhidmatan Atas Talian