Jabatan Bedah Mulut dikenali juga sebagai Jabatan Pembedahan Oral & Maksilofasial. Kepakaran Bedah Mulut memerlukan fasiliti serta kemudahan perkhidmatan hospital dalam memberikan rundingcara dan rawatan sekunder kesihatan pergigian. Pesakit dirujuk ke jabatan ini untuk perkhidmatan pakar dan pengurusan kes Oral dan Maksilofasial terutamanya kes trauma serta keabnormalan lain yang menjurus kepada pembedahan.

Skop Perkhidmatan termasuk rundingcara dan rawatan untuk:

  • Kecederaan/trauma maksilofasial
  • Jangkitan orofasial
  • Lesi patologi mulut & maksilofasial termasuk tumor
  • Masalah sendi temporomandibular dan kalenjar air liur
  • Kecacatan dentofasial / dentoalveolar dan pembedahan orthognatik
  • Prosthesis maxillofasial, pembedahan preprosthetik dan implants pergigian

Semua pesakit yang ingin mendapatkan rawatan di Klinik Bedah Mulut dan Maksilofasial perlu mendapatkan surat rujukan dari Pengamal Pergigian atau Pengamal Perubatan di klinik-klinik kerajaan atau swasta.

Setelah mendapatkan surat rujukan daripada Pengamal Pergigian atau Pengamal Perubatan, anda boleh menelefon klinik atau datang ke klinik untuk  mendapatkan tarikh temujanji. Sila bawa surat rujukan semasa datang ke klinik.

Kami sentiasa berusaha untuk memberikan tarikh temujanji dalam tempoh masa dua (2) minggu daripada tarikh rujukan.

 

JADUAL KLINIK BEDAH MULUT DAN MAKSILOFASIAL

HARI

MASA

RAWATAN

ISNIN HINGGA RABU

8.00 am hingga 1.00 pm

Kes rujukan dan Temujanji

2.00 pm hingga 5.00 pm

KHAMIS

8.00 am hingga 1.00 pm

OT / Staff Day / Temujanji

2.00 pm hingga 5.00 pm

JUMAAT

8.00 am hingga 12.15 pm

Kes rujukan dan Temujanji

2.45 pm hingga 5.00 pm

Kandungan telah diakses 2907 kali
Statistic Pelawat:
Last Update:
Waktu Melawat
  • Unit Rawatan Rapi (ICU)
    • 12:30PM - 2:00PM
  • Wad Umum
    • Isnin - Jumaat
      Sesi 1: 12:30PM - 2:00PM
      Sesi 2: 4:30PM - 7:30PM
    • Sabtu, Ahad & Cuti Umum
      12.30PM - 7.30PM
  • Kecemasan
    • 24 Jam
  • Kafeteria
    • 8:00AM - 10:00PM
  • Jabatan Rekod Perubatan
    • 8:00AM - 5:00PM
      (Rehat: 1:00PM - 2:00PM
      Jumaat: 12:15PM - 2.45PM)
Perkhidmatan Atas Talian