Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kajang telah mula beroperasi sejak 1895 sehingga sekarang. Jabatan ini beroperasi 24 jam sehari dan berfungsi sebagai pusat perkhidmatan bagi kes-kes perubatan kecemasan dan trauma bagi penduduk di daerah Hulu Langat, khususnya kawasan Kajang.
Skop perkhidmatan yang ditawarkan merangkumi pelbagai aspek perawatan kecemasan dan trauma antaranya Resuscitation & Stabilization, Diagnostic & Definitive Care Management, Pengurusan Bencana, Perkhidmatan Rawatan Pra Hospital & Ambulans, dan Pusat Krisis Bersepadu (One-Stop Crisis Centre). Selain daripada itu, Jabatan ini juga merupakan pusat latihan bagi beberapa program pendidikan yang melibatkan perubatan kecemasan termasuk program elektif pelajar perubatan dan program sangkutan bagi Pegawai Perubatan Siswazah, Penolong Pegawai Perubatan Program Penempatan Wajib serta Jururawat Pelatih.
- Memberi rawatan kepada pelbagai kes dalam skop perubatan kecemasan, terutamanya kes-kes kritikal.
- Memberi rawatan Resuscitation & Stabilization.
- Diagnostic & Definitive Care Management
- Memberi perawatan asma akut.
- Memberi Perkhidmatan Rawatan Pra Hospital & Ambulans.
- Memberi perkhidmatan Pasukan Liputan Perubatan.
- Menyediakan pusat krisis bersepadu (One Stop Crisis Centre).
- Pengurusan Bencana.
Jabatan kecemasan beroperasi 24 jam sehari.
Pesakit akan disaring mengikut kriteria yang telah ditentukan dan diberikan kad merah, kuning atau hijau. Keutamaan akan diberikan kepada kes kecemasan yang kritikal.
Kad Merah (Kes Kritikal)
Rawatan serta merta.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kad Kuning (Kes Separa Kritikal)
Masa menunggu untuk rawatan dan pemeriksaan secepat mungkin dalam tempoh 20 minit.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kad Hijau (Asma)
Untuk kes Asma stabil.
Masa menunggu untuk rawatan dan pemeriksaan secepat mungkin dalam tempoh 30 minit, tertakluk sekiranya tiada kes kecemasan atau bencana pada masa tersebut.
Nombor diberi adalah untuk tujuan panggilan sahaja.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kad Hijau Kes Kecemasan Bukan Kritikal (G1)
Masa menunggu untuk rawatan dan pemeriksaan adalah 30 hingga 60 minit, tertakluk sekiranya tiada kes kecemasan atau bencana pada masa tersebut.
Nombor diberi adalah untuk tujuan panggilan sahaja.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kad Hijau Kes Bukan Kecemasan (G2)
Masa menunggu untuk rawatan dan pemeriksaan adalah 60 hingga 90 minit, tertakluk sekiranya tiada kes kecemasan atau bencana pada masa tersebut.
Nombor diberi adalah untuk tujuan panggilan sahaja.
- Wad 1, 2, 3, 4, 6, 8 & 9
- Isnin - Jumaat
12.30PM - 2.00PM || 4:30PM - 7:30PM - Sabtu, Ahad & Cuti Umum
1.00PM - 7.00PM
- Isnin - Jumaat
- ENZO
- Isnin - Jumaat
12.30PM - 2.00PM || 4:30PM - 7:30PM - Sabtu, Ahad & Cuti Umum
1.00PM - 7.00PM
- Isnin - Jumaat
- Wad 5 & Wad 7 || Wad Rawatan Rapi (ICU / NICU / SCN)
- Isnin - Jumaat
12.30PM - 2.00PM || 4:30PM - 7:30PM - Sabtu, Ahad & Cuti Umum
4.30PM - 7.00PM
- Isnin - Jumaat
- Kecemasan
- 24 Jam
- Kafeteria
- 7:00AM - 8:00PM