Board of Visitors

Peranan, Tanggungjawab dan Peraturan Perjalanan Lembaga

Posted in Ahli Lembaga Pelawat

Tugas Dan Fungsi

Tugas dan fungsi yang perlu dilaksanakan oleh Ahli Lembaga Pelawat ialah seperti berikut:-

  1. Penghubung Antara Hosptial Dan Komuniti.
    Bertindak sebagai penghubung dan mengeratkan hubungan antara Hospital dan lomuniti.  Ahli Lembaga boleh memainkanperanan perhubungan awam yang positif dengan memberi  penerangan yang jelas             kepada orang awam mengenai kemudahan-kemudahan dan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh pihak  hospital serta masalah-masalah yang dihadapi oleh pihak  hospital dalam memberi perkhidmatan kepada orang ramai.
    Dengan cara ini imej dan peranan sesebuah hospital akan dapat diperbaiki dan perkhidmatan Lembaga pelawata akan disanjung tinggi.
  2. Mengadakan lawatan ke hosiptal
    Mengadakan lawatan ke hosiptal untuk mendapatkan makluman mengenai   perkhidmatan yang diberikan di Hospital, masalah-masalah yang dihadapi   oleh  Hospital berkaitan perkhidmatan kepada pesakit dan waris, masalah   yang dihadapi oleh pesakit dan waris berkaitan perkhidmatan hospital dan   kebajikan yang boleh dilaksanakan bagi membantu pesakit dan waris. Ahli   Lembaga hendaklan menyediakan laporan mengenainya selepas setiap   lawatan dan membincangkan dalam mesyuarat  ahli Lembaga Pelawat.
  3. Perkhidmatan Kebajikan Kepada Pesakit Dan Hospital
    Memberi perkhidmatan kebajikan kepada pesakit-pesakit dan Hospital umpamany dengan mengumpulkan buku-buku dan majalah untuk bacaan pesakit, mengumpul dan menghadiahkan pakaian lama kepada pesakit miskin serta mengumpul dan menghadiahkan barang-barang permainan kepada pesakit kanak-kanak. Selain daripada itu, ahli Lembaga juga boleh secara peribadi menyumbangkan atau mendapatkan bantuan kewangan misalnya untuk membaiki surau, menyediakan seni tanam, tempat pesakit berehat dan sebagainya. Perkhidmatan sebegini akan dapat memberikan sumbangan positif daripada Ahli Lembaga     Pelawat.
  4. Melibatkan Diri Dalam aktiviti Hospital
    Melibatkan diri dalam aktiviti Hospital dengan komuniti seperti kempen menderma darah, kempen anti merokok dan sebagainya. Ahli Lembaga boleh mengatur program-program berkaitan untuk membantu Hospital menjayakan program-program yang membina. Dalam menjalankan semua tugas dan fungsi yang tersebut di atas, Ahli Lembaga tidak dibenarkan untuk mengganggu dalam sebarang urusan pentadbiran hospital dan rawatan pesakit.


Mesyuarat Dan Pengerusi Mesyuarat

  1. Mesyuarat Lembaga Pelawat hendaklah diadakan sekurang-kurangnya 4 kali setahun dan tidak melebihi 12 kali setahun dan dipengerusikan oleh seorang Ahli Lembaga yang telah dilantik dan turut dihadiri oleh Pengarah Hospital / wakil dan mana- mana pegawai yang ditetapkan oleh Pengarah Hospital berkenaan.
  2. Pengerusi tiap-tiap Lembaga Pelawat Hospital hendaklah terdiri daripada seorang Ahli Lembaga yang dipilih dalammesyuarat dimana kehadirannya tidak kurang dua pertiga daripada ahli- ahlinya. Sekiranya ketiadaan Pengerusi, seorang ahli lain boleh dilantik dari kalangan ahli Lembaga Pelawat sebagai pengganti untuk menjadi Pengerusi bagi mesyuarat berkenaan.
  3. Pengerusi Lembaga adalah bertanggungjawab di atas kelicinan perjalanan setiap Lembaga yang dipengerusikannya.


Urus Setia

  1. Timbalan Pengarah (Pengurusan) / Bahagian Pengurusan Hospital akan bertindak sebagai urus setia untuk menguruskan perjalanan Lembaga. Alamat surat menyurat berkaitan Ahli Lembaga Pelawat boleh     menggunakan di alamat (d/a) Hospital berkenaan.
  2. Tugas-tugas urus setia adalah:-
    • Menyelenggara rekod keahlian Lembaga Pelawat;
    • Memulakan tindakan untuk mengisi kekosongan kerana tempoh pelantikan baru atau perletakan jawatan.
    • Berbincang dengan Pengerusi Lembaga bagi menyediakan jadual lawatan
    • Mengaturkan mesyuarat dan lawatan
    • Mengambil nota-nota lawatan mesyuarat
    • Mengedarkan salinan nota-nota dan laporan mesyuarat atau lawatan kepada pihak-pihak berkenaan dan
    • Mendapatkan balik kad Pengenalan Ahli Lembaga Pelawat Hospital yang masih berkuatkuasa daripada ahli-ahli yang tidak lagi menjadi Ahli Lembaga Pelawat bagi tempoh berkenaan


Peraturan-Peraturan Lawatan

  1. Seelok-eloknya lawatan hendaklah di buat sebulan sekali tetapi jika ini tidak dapat dilaksanakan maka lawatan hendaklah dibuat tidak kurang 3 bulan sekali.
  2. Bilangan Ahli Lembaga dalam setiap kumpulan hendaklah tidak     melebihi     5 orang setiap kumpulan.
  3. Ahli Lembaga tidak dibenarkan menghantar wakil dalam apa juga keadaan.
  4. Ahli Lembaga adalah dilarang membuat sebarang kenyataan dalam akhbar berkaitan dengan hasil lawatannya.
  5. Jadual lawatan hendaklah disediakan terlebih dahulu dan disdarkan kepada semua Ahli Lembaga. Tarikh dan waktu lawatan akan diaturkan oleh urus setia.
  6. Semasa Ahli Lembaga membuat lawatan di Hospital, Pengarah atau Timbalan pengarah, Ketua jururawat, Penyelia Hospital dan seorang doktor / pakar yang ditentukan oleh Pengarah Hospital hendaklah turut serta.
  7. Hasil lawatan hendaklah dibentang dan dibincangkan di dalam         Mesyuarat Ahli Lembaga Pelawat.
  8. Ahli Lembaga Pelawat boleh memeriksa dan membuat lawatan ke mana-mana Jabatan dan Unit dalam hospital termasuklah wad-wad pesakit kecuali lawatan tersebut hendaklah tidak mengendalakan kerja dan tidak pula menghalang  pemeriksaan dan rawatan pesakit-pesakit yang ada di dalam wad.
  9. Tempat-tempat berikut adalah di larang untuk dilawati oleh Ahli- Ahli Lembaga Pelawat:
    • Dewan Pembedahan
    • Dewan / Bilik Bersalin,
    • Bahagian Kesucian Hama
    • Wad Pengasingan
  10. Ahli Lembaga Pelawat boleh mendapatkan maklumat-maklumat  daripada pesakit yang datang ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan juga pesakit-pesakit yang di dalam wad mengenai makanan, kebersihan, layanan kakitangan-kakitangan hospital, pakaian, tempat tidur dan lain-lain kemudahan yang di beri.
  11. Catatan-catan dan rekod tiap-tiap pesakit da rekod-rekod lain hospital tidak boleh diperiksa oleh Lembaga Pelawat.
  12. Setiap Ahli Lembaga tidak boleh membincangkan dengan pesakit-pesakit tentang selok-belok dan teknik rawatan.


Telah Dicapai : 3510 kali

Agencies

icon_mygov icon_1msia icon_msc icon_moh icon_bmoh icon_bmoh ijn pdn radicare mma icon_myhealth icon_infosihat icon_msiah 

All Right Reserved © 2013 Kajang Hospital
Best viewed using Google Chrome and Mozilla Firefox with a minimim 1024 x 768 resolution

Total visitors since launch
0.png0.png0.png0.png2.png5.png3.png0.png5.png
Last Update: 28 October 2014.