PENGENALAN
Unit Pendidikan Kesihatan Hospital Kajang mula beroperasi pada tahun 2002 untuk menjadi sebuah pusat rujukan dalam bidang Pendidikan Kesihatan dan Promosi Kesihatan khasnya kepada penduduk sekitar Kajang melalui penyebaran maklumat kesihatan yang tepat, wajar dan sesuai. Selain itu, Unit Pendidikan Kesihatan turut mengadakan kolaborasi antara semua jabatan dan unit di Hospital Kajang dan agensi luar dalam menjalankan aktiviti pendidikan kesihatan dan promosi kesihatan.
VISI
Memberi perkhidmatan yang berfokus ke arah perubahan tingkahlaku kesihatan yang positif.
MISI
Komited untuk memberi perkhidmatan pendidikan pesakit yang berkesan dan berkualiti kepada pesakit.
OBJEKTIF
1. Untuk memberikan perkhidmatan pendidikan pesakit dalam aspek pemulihan dan perawatan.
2. Untuk menggalakkan perubahan tingkahlaku kesihatan yang positif dalam penjagaan pesakit.
3. Untuk memberi kemudahan informasi kesihatan kepada pesakit dan keluarga, anggota hospital dan orang awam.
4. Untuk memberikan perkhidmatan promosi kesihatan melalui kempen-kempen kesihatan dan kawalan penyakit.
PIAGAM PELANGGAN
1. Sentiasa memberi perkhidmatan yang cepat, cekap dan tepat serta mesra kepada pelanggan.
2. Memastikan semua kelas pendidikan pesakit dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pendidikan Pesakit.
3. Menerbit, mencetak dan mengedar bahan-bahan pendidikan kesihatan mengikut keperluan pelanggan dari masa ke semasa.
4. Memberi informasi kesihatan yang cepat, tepat dan terkini.
5. Memberi kemahiran yang releven berdasarkan penyakit yang tertentu ke arah perubahan tingkahlaku kesihatan yang positif.
- Memberi khidmat pendidikan pesakit secara berkumpulan dan individu
- Mengendalikan Klinik Berhenti Merokok
- Mengendalikan Klinik Sejahtera
- Menyediakan / menghasilkan / mengedarkan bahan-bahan pendidikan kesihatan/pesakit dan promosi kesihatan
- Melaksanakan aktiviti-aktiviti Kempen Cara Hidup Sihat
- Mengadakan sambutan Hari-hari Khas Kesihatan
- Memberi khidmat rundingan berhubung penerbitan bahan-bahan pendidikan kesihatan/pesakit
- Mengadakan aktiviti pameran mengikut tema
- Menganjurkan latihan/bengkel pendidikan pesakit dan perubahan tingkahlaku
HARI | MASA |
Isnin hingga Khamis |
8.00 pagi hingga 5.00 petang 1.00 petang hingga 2.00 petang (Rehat)
|
Jumaat |
8.00 pagi hingga 5.00 petang 12.15 tengah hari hingga 2.45 petang (Rehat)
|
JADUAL WAKTU KELAS PENDIDIKAN PESAKIT DAN KLINIK
KELAS/KLINIK | WAKTU & TEMPAT | CATATAN |
Kelas Pendidikan Pesakit Diabetes
Kelas Pendidikan Pesakit Darah Tinggi
|
Rabu : 8.30 pagi – 10.00 pagi (minggu pertama) Klinik Pakar 2
Rabu : 8.30 pagi – 10.00 pagi (minggu kedua/ketiga) Klinik Pakar 2 |
Perkhidmatan Percuma
Perkhidmatan Percuma |
Klinik Berhenti Merokok |
Selasa : 2.00 petang – 5.00 petang Klinik Berhenti Merokok/Klinik Sejahtera (berhampiran Unit Rekod Perubatan)
|
Perkhidmatan Percuma |
Klinik Sejahtera |
Khamis : 2.00 petang – 5.00 petang Klinik Berhenti Merokok/Klinik Sejahtera (berhampiran Unit Rekod Perubatan)
|
Khas untuk kakitangan Hospital Kajang yang berumur 40 tahun ke atas |
- Wad 1, 2, 3, 4, 6, 8 & 9
- Isnin - Jumaat
12.30PM - 2.00PM || 4:30PM - 7:30PM - Sabtu, Ahad & Cuti Umum
1.00PM - 7.00PM
- Isnin - Jumaat
- ENZO
- Isnin - Jumaat
12.30PM - 2.00PM || 4:30PM - 7:30PM - Sabtu, Ahad & Cuti Umum
1.00PM - 7.00PM
- Isnin - Jumaat
- Wad 5 & Wad 7 || Wad Rawatan Rapi (ICU / NICU / SCN)
- Isnin - Jumaat
12.30PM - 2.00PM || 4:30PM - 7:30PM - Sabtu, Ahad & Cuti Umum
4.30PM - 7.00PM
- Isnin - Jumaat
- Kecemasan
- 24 Jam
- Kafeteria
- 7:00AM - 8:00PM