Keahlian Lembaga

  1. Tiap-tiap hospital hendaklah mengadakan Lembaga Pelawat yang mengandungi di antara 10 hingga 25 ahli.
  2. Seboleh-bolehnya Ahli Lembaga hendaklah terdiri daripada pelbagai agama, kaum, jantina dan mewakili badan-badan bukan kerajaan/NGO, pelbagai profesyen dan ketua masyarakat setempat.
  3. Seseorang itu boleh dilantik menjadi ahli untuk satu lembaga pelawat.

Calon-calon yang dicadangkan untuk dilantik hendaklah:

  1. Seorang warganegara Malaysia, berumur tidak melebihi 65 tahun semasa tarikh pencalonan, sihat fizikal dan mental.
  2. Tiada sebarang rekod jenayah termasuk tidak disabitkan di Mahkamah Syariah.
  3. Bukan seorang yang diisytihar bangkrap
  4. Bukan Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri
  5. Bermastautin di Daerah / Bahagian berkenaan
  6. Terdiri daripada mereka yang sedia memberi sumbangan tenaga secara sukarela dan mempunyai kelapangan masa serta mampu memberi teguran yang membina lagi berfaedah.
  1. Ahli Lembaga Pelawat adalah dilantik bagi tempoh 3 tahun dan penamatan lantikan semua ahli adalah pada 31 Disember. Ahli Lembaga Pelawat boleh disambung keahliannya dengan persetujuan Y.B Menteri Kesihatan berdasarkan sumbangan yang aktif dan memuaskan. Ahli-ahli Lembaga Pelawat boleh dilantik semula untuk tempoh tiga tahun lagi.
  2. Keahlian dalam Lembaga Pelawat adalah secara sukarela. Walaubagaimanapun, Kementerian Kesihatan akan membayar elaun sebanyak RM100.00 kepada ahli-ahli yang menghadiri setiap kali Mesyuarat Ahli Lembaga Pelawat. Bilangan mesyuarat hendaklah diadakan sekurang-kurangnya 4 kali setahun dan tidak melebihi 12 kali setahun.
  1. Hospital berkenaan hendaklah memulakan tindakan pelantikan dengan mengemukakan nama calon-calon sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum tarikh pelantikan semula kepada Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri berkenaan. Semua pencalonan hendaklah menggunakan borang permohonan seperti di Lampiran I.
  2. Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri akan memperakukan nama-nama calon seperti di (a) atau cadangannya sendiri kepada Bahagian Pengurusan Kementerian Kesihatan.
  3. Bahagian Pengurusan Kementerian Kesihatan akan memproses dan mengemukakan nama calon-calon yang  diterima untuk pemilihan dan keputusan Y.B. Menteri Kesihatan.
  4. Kad pengenalan Ahli Lembaga Pelawat akan disediakan apabila gambar diterima daripada hospital berkenaan dan diangkat untuk ditandatangan oleh Y.B. Menteri Kesihatan.
  5. Kad yang telah ditandatangani oleh Y.B. Menteri Kesihatan akan dihantar oleh Pejabat Y.B. Menteri kepada Bahagian Pengurusan, KKM yang mana akan mengambil tindakan untuk menghantar kad terus kepada Jabatan Kesihatan Negeri. Seterusnya Jabatan Kesihatan Negeri akan menghantar kad tersebut kepada hospital untuk diedarkan kepada Ahli Lembaga Pelawat.
  6. Selepas proses pelantikan selesai, Pengarah Hospital adalah dikehendaki memberi taklimat kepada Ahli Lembaga Pelawat Hospital yang baru mengenai tugas, peranan dan tanggungjawab setiap Ahli Lembaga Pelawat Hospital.
  7. Setiap hospital hendaklah menyelenggarakan satu daftar / rekod pelantikan Ahli Lembaga Pelawat Hospital.
  8. Carta aliran proses pelantikan ahli Lembaga Pelawat adalah seperti di Lampiran 2.
  1. Tiap-tiap Ahli yang ingin berhenti daripada menjadi Ahli Lembaga Pelawat hendaklah memberitahu (secara bertulis tidak kurang dari 30 hari) kepada Pengarah Hospital dan Pengerusi Lembaga Pelawat supaya tindakan untuk mencadangkan pengganti dapat dibuat segera.
  2. Keahlian seseorang ahli dalam Lembaga Pelawat tamat dengan sendiri apabila beliau tidak lagi bermastautin di Daerah / Bahagian berkenaan.
  3. Keahlian seseorang ahli dalam Lembaga Pelawat yang telah dilantik boleh ditamatkan keahliannya jika didapati maklumat di dalam borang permohonan adalah palsu.
  4. Ahli-ahli yang gagal menghadiri mesyuarat sebanyak 3 kali berturut-turut tanpa sebab-sebab yang munasabah akan dilucutkan keahliannya
  5. Ahli Lembaga Pelawat yang melanggar peraturan yang ditetapkan boleh dikenakan tindakan sehingga dilucut keahlian dengan persetujuan Y.B. Menteri Kesihatan.

Y.B. Menteri Kesihatan berkuasa melantik mana-mana calon yang diperakukan oleh Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri.

Kandungan telah diakses 20213 kali
Waktu Melawat
  • Wad 1, 2, 3, 4, 7, 8 & 9
    • Setiap Hari (termasuk Hari Kelepasan Am)
      12.30PM - 2.00PM || 4:30PM - 7:30PM
  • Wad Rawatan Rapi (ICU / NICU / SCN)
    • Setiap Hari (termasuk Hari Kelepasan Am)
      12.30PM - 2.00PM || 4:30PM - 7:30PM
  • Wad Bersalin (Wad 5 & Wad 6)
    • Setiap Hari (termasuk Hari Kelepasan Am)
      12.30PM - 2.00PM || 4:30PM - 7:30PM
  • Kecemasan
    • 24 Jam
  • Kafeteria
    • 7:00AM - 8:00PM
Perkhidmatan Atas Talian