Infra IT di Hospital Kajang telah dibangunkan bermula sejak dari awal tahun 1997. Pembangunan infra ini dibangunkan bagi membolehkan Sistem Pengurusan Pesakit Dalam (SPPD) dapat beroperasi di Hospital Kajang. Pada tanggal 28 Mac 1997 bermulalah era IT di Hospital Kajang dengan beroperasinya SPPD. Dengan wujudnya infra IT di Hospital Kajang, ianya tidak berhenti setakat penggunaan SPPD sahaja malah satu demi satu sistem telah mula digunakan Hospital Kajang. Ini telah menyebabkan beban terhadap tugas-tugas berkaitan IT ini menjadi bertambah berat.

Maka oleh itu, pada tahun 2008 jawatan Juruteknik Komputer Gred FT17 telah diisi bagi membantu tugas-tugas teknikal yang diperlukan berkaitan IT. Pegawai ini telah diletakkan di bawah seliaan Penyelaras IT Hospital Kajang pada ketika itu yang terdiri daripada pegawai bukan daripada skim F (Teknologi Maklumat).

Pada bulan Ogos 2009, wujudlah Unit Teknologi Maklumat (Unit IT) secara rasmi dengan bertambahnya seorang Pegawai Teknologi Maklumat Gred F44 yang berperanan sebagai Ketua Unit IT dan ini menjadikan bilangan semuanya kepada 2 orang. Pada tahun 2010, seorang Pegawai Teknologi Maklumat F41 telah ditempatkan di Hospital Kajang menjadikan bilangan terkini kepada 3 orang. Kemudian pada tahun 2012, Unit IT telah menerima seorang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F32 menjadikan jumlah keseluruhan staf IT seramai 4 orang. Walau bagaimanapun, pada Mei 2012, Pegawai Teknologi Maklumat F44 telah bersara menjadikan jumlah staf IT kembali 3 orang. Perjawatan di dalam Unit IT telah lengkap sepenuhnya pada April 2013 apabila 1 lagi kekosongan untuk Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 telah diisi menjadikan staf Unit IT kini 4 orang.

Unit IT diwujudkan bagi membantu pihak pengurusan Hospital dalam mengurus rangkaian, peralatan, sistem aplikasi, keselamatan dan program ICT dari masa ke semasa bagi memperbaiki dan mempertingkatkan keberkesanan, kualiti dan produktiviti dalam sistem pentadbiran.

Skop perkhidmatan unit ini adalah:

  • Menguruskan sistem, peralatan dan menjamin keselamatan ICT Hospital Kajang.
  • Memantau dan menyenggara alatan rangkaian dan komputer rangkaian agar berfungsi dengan baik dan memastikan penggunaan rangkaian pada tahap optimum.
  • Menghubungi pihak vendor untuk menyelesaikan masalah peralatan rangkaian sekiranya berlaku kerosakan besar.
  • Mengesan dan menyelesaikan permasalahan berkenaan dengan komputer dan sistem rangkaian mengikut aduan kerosakan.
  • Memberi latihan / kursus dan khidmat nasihat yang berkaitan dengan penggunaan sistem rangkaian hospital dan sistem aplikasi kepada pengguna.
  • Menyelaras, memantau dan memberi khidmat sokongan teknikal penggunaan sistem aplikasi Kerajaan Elektronik (eSPKB, HRMIS dan ePerolehan), Sistem Pengurusan Pesakit Dalam (SPPD), Sistem Pengurusan Pesakit (SPP) dan lain-lain sistem kepada pengguna.

8.00 pagi - 5.00 petang

Pada bila-bila masa sekiranya berlaku masalah yang serius berkaitan sistem IT.

Page has been accessed 1790 times
Statistic Pelawat:
Last Update:
Visiting Hour
  • Intensive Care Unit (ICU)
    • 12:30PM - 2:00PM
  • General Ward
    • Monday - Friday
      12:30PM - 2:00PM
      4:30PM - 7:30PM
    • Saturday, Sunday & Public Holiday
      12.30PM - 7.30PM
  • Emergency
    • 24 hours
  • Cafeteria
    • 8:00AM - 10:00PM
  • Medical Records Department
    • 8:00AM - 5:00PM
      (Break : 1:00PM - 2:00PM
      Friday : 12:15PM - 2.45PM)