Jabatan Dietetik dan Sajian merupakan salah satu jabatan sokongan bukan Klinikal di Hospital Kajang yang diketuai oleh seorang Pegawai Dietetik U44 dan dibantu oleh 3 orang Pegawai Dietetik U41 yang memberi perkhidmatan dietetik di Hospital Kajang. Sejak tahun 2008, Pegawai Dietetik di Hospital Kajang juga turut memberi perkhidmatan dietetik di KK Kajang dan KK Bangi 2 kali sebulan. Perkhidmatan sajian pula dikawal selia oleh seorang Penolong Pegawai Penyediaan Makanan C2-2 dan dibantu oleh 2 orang Penolong Pegawai Penyediaan Makanan C2-1 serta disokong oleh 23 orang Pembantu Penyediaan Makanan N4-1.

Perkhidmatan Dietetik

  • Memberi Medical Nutrition Therapy kepada pesakit dalam dan luar yang dirujuk oleh pegawai perubatan
  • Memberi ceramah atau maklumat berkaitan pemakanan dan dietetik kepada organisasi dalaman atau luaran yang memerlukan
  • Memberi latihan praktikal dietetik dan katering kepada pelatih dari intitusi pengajian tinggi.
  • Melibatkan diri dalam kajian serta penyelidikan dietetik klinikal, komuniti dan sajian mengikut keperluan demi peningkatan mutu perkhidmatan
 

Perkhidmatan Sajian

  • Beroperasi setiap hari dari jam 6.30 pagi sehingga 6.30 petang
  • Menyediakan, merancang dan membuat pesanan pembelian barang-barang mentah basah dan kering untuk operasi sajian
  • Menyediakan diet normal dan teraputik kepada semua pesakit dalam mengikut kelas 1, kelas 2, dan kelas 3 mengikut pesanan wad
  • Membuat perancangan menu diet normal mengikut kelas
  • Menyediakan 4 hidangan sehari mengikut waktu yang telah ditetapkan
    Hidangan    Waktu Hidangan
    Sarapan Pagi   7.30 pagi    –    8.00 pagi
    Makan Tengahari   12.15 tgh   – 2.45 ptg (Jumaat)
    Minum Petang   3.00 ptg     –    3.30 ptg
    Makan Malam   6.00 ptg     –    6.30 ptg
  • Membekalkan makanan bermasak kepada pegawai perubatan yang bertugas atas panggilan, pegawai perubatan dan paramedik dewan bedah
  • Membekalkan catuan makan malam kepada anggota bertugas malam mengikut kelayakan
  • Memberi latihan praktikal katering kepada pelatih dari institusi pengajian tinggi
  • Menjalankan kajian kepuasan pelanggan untuk pesakit dalam

Jabatan Dietetik dan sajian merupakan salah satu jabatan sokongan bukan klinikal di Hospital Kajang yang beroperasi setiap hari mulai 6.30 pagi hingga 6.30 petang dan menyediakan 2 perkhidmatan utama iaitu perkhidmatan dietetik dan perkhidmatan sajian kepada pesakit dan juga anggota Hospital Kajang

 
Klinik Waktu Catatan

Klinik Diet

Isnin – Khamis : 8.30am – 12.00pm

Pesakit yang memerlukan perkhidmatan kaunseling dietetik pesakit luar perlulah mendapatkan rujukan daripada Pegawai Perubatan terlebih dahulu (menggunakan Borang Rujukan Pesakit Luar HKJ/JDS1-22)

Pesakit perlu mendapatkan tarikh temujanji daripada Jabatan Dietetik & Sajian sama ada datang ke Jabatan atau hubungi Pegawai Dietetik di talian 03-87363333 ext 211 / 136

 

Klinik Pakar

Klinik Paediatrik (DM)

Khamis: 2.00pm – 4.30pm

(Minggu 1 & 3)

Klinik Perubatan Awam (MOPD)

Kelas Pendidikan Hipertensi

Kelas Pendidikan Diabetes

Rabu  : 9.00am – 9.30am

(Minggu 1)

Rabu: 9.00am – 9.30am

(Minggu 3)

Page has been accessed 1900 times
Statistic Pelawat:
Last Update:
Visiting Hour
  • Intensive Care Unit (ICU)
    • 12:30PM - 2:00PM
  • General Ward
    • Monday - Friday
      12:30PM - 2:00PM
      4:30PM - 7:30PM
    • Saturday, Sunday & Public Holiday
      12.30PM - 7.30PM
  • Emergency
    • 24 hours
  • Cafeteria
    • 8:00AM - 10:00PM
  • Medical Records Department
    • 8:00AM - 5:00PM
      (Break : 1:00PM - 2:00PM
      Friday : 12:15PM - 2.45PM)