Jabatan Rekod Perubatan sehingga kini mempunyai koleksi berjumlah melebihi 500,000 rekod pesakit luar dan rekod pesakit dalam yang disimpan selama 7 hingga 10 tahun. Jabatan ini menyediakan 2 kaunter untuk urusan dengan pelanggan iaitu :

  • Kaunter Permohonan Laporan Perubatan dan
  • Kaunter Penerimaan dan Pinjaman Rekod Perubatan

Rekod perubatan pesakit diklasifikasikan kepada rekod kes biasa dan rekod kes perundangan.

Laporan perubatan dikeluarkan kepada pemohon dalam tempoh 28 hari dari tarikh permohonan lengkap dengan syarat-syarat yang ditetapkan. Laporan perubatan diklasifikasi kepada :

  • Laporan Polis
  • Laporan Peguam
  • Laporan Biasa
  • Laporan Insurans
  • Lain-lain laporan yang berkaitan.

Jabatan ini menyediakan perkhidmatan seperti berikut :

  • Pengurusan Rekod Perubatan Pesakit.
  • Pengurusan Permohonan Laporan Perubatan untuk pesakit dan waris pesakit untuk membuat tuntutan insurans,  PERKESO, KWSP, guaman, urusan awam dan lain-lain.
  • Penyediaan Laporan Statistik hospital.
  • Lembaga Perubatan.

Penyediaan Laporan Perubatan di Fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia

1. DEFINISI

1.1  Laporan Perubatan

Laporan Perubatan adalah dokumen yang disediakan oleh pengamal perubatan berdaftar atau pengamal pergigian berdaftar yang berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia (Akta Fi 1951- Perintah Fi (Perubatan) 1982 mengenai masalah kesihatan dan rawatan yang diperolehi oleh seorang pesakit di hospital atau mana-mana kemudahan kesihatan berdasarkan rekod perubatan pesakit tersebut". (Petikan dari Guideline of The Malaysian Medical Council - Jan 2007).

      1.2 Jenis-jenis Laporan Perubatan

  • Laporan Perubatan Biasa yang disediakan oleh Pegawai Perubatan
  • Laporan Ringkas / Pendapat disediakan oleh Pakar
  • Laporan Perubatan Terperinci disediakan oleh Pakar

 

2. PERMOHONAN LAPORAN PERUBATAN

2.1 Prosedur Permohonan

  • Permohonan Laporan Perubatan boleh dibuat secara pos atau datang sendiri ke kaunter Jabatan Rekod Perubatan Hospital Kajang.
  • Laporan Perubatan hanya akan diproses setelah permohonan lengkap secara bertulis
  • Permohonan Laporan Perubatan Lengkap bermaksud dokumentasi berikut perlu dilampirkan iaitu:

       2.1.1 Permohonan Pesakit (sendiri)*

  1. Permohonan menggunakan Borang HKJ RP 01 ataupun secara bertulis
  2. Surat keizinan ASAL yang ditandatangani oleh pesakit jika melalui pos
  3. Salinan Kad Pengenalan pesakit
  4. Salinan Kad Temujanji pesakit
  5. Bayaran (mengikut jenis permohonan)
  6. Borang berkaitan (Insurans, KWSP, Buruh 90, PERKESO dan sebagainya)
  7. Lain-lain dokumen yang berkaitan dengan rawatan pesakit.

      2.1.2 Permohonan melalui Ibu / Bapa / Penjaga yang sah (pesakit berumur 18 tahun ke  bawah)*

  1. Permohonan menggunakan Borang HKJ RP 01 ataupun secara bertulis
  2. Surat keizinan ASAL dari Ibu/Bapa/Penjaga yang sah
  3. Salinan Sijil Kelahiran pesakit
  4. Salinan Kad Pengenalan pesakit
  5. Salinan Kad Pengenalan Ibu/Bapa/Penjaga yang sah
  6. Salinan Kad Temujanji pesakit
  7. Bayaran (mengikut jenis permohonan)
  8. Borang berkaitan (Insurans, KWSP, Buruh 90, PERKESO dan sebagainya)
  9. Lain-lain dokumen yang berkaitan dengan rawatan pesakit.

 

      2.1.3 Permohonan dari Waris untuk Suami/Isteri/Anak/Adik-Beradik/IbuBapa*
  1. Permohonan menggunakan Borang HKJ RP 01 ataupun secara bertulis
  2. Surat keizinan ASAL dari waris (menyatakan maklumat waris)
  3. Salinan Kad Pengenalan simati
  4. Salinan Kad Pengenalan waris
  5. Salinan Kad Temujanji simati
  6. Salinan Sijil Nikah (jika berkaitan)
  7. Salinan Sijil Kelahiran (jika berkaitan)
  8. Surat Akuan Sumpah (jika berkaitan)
  9. Salinan Permit Penguburan / Sijil Kematian
  10. Bayaran (mengikut jenis permohonan)
  11. Borang berkaitan (Insurans, KWSP, Buruh 90, PERKESO dan sebagainya)
  12. Lain-lain dokumen yang berkaitan dengan rawatan pesakit.

 

       2.1.4 Permohonan dari Agent/Wakil (insurans, peguam dan lain-lain)*

  1. Permohonan menggunakan Borang HKJ RP 01 ataupun secara bertulis
  2. Surat keizinan ASAL pesakit / waris (menyatakan memberi kuasa kepada nama Agen/Wakil untuk mendapatkan laporan)
  3. Salinan Kad Pengenalan pesakit
  4. Salinan Kad Temujanji pesakit
  5. Bayaran (mengikut jenis permohonan)
  6. Borang berkaitan (Insurans, KWSP, Buruh 90, PERKESO dan sebagainya)
  7. Lain-lain dokumen yang berkaitan dengan rawatan pesakit.
  8. Salinan Permit Penguburan / Sijil Kematian jika pesakit meninggal dunia / mati

*RUJUK SENARAI SEMAK PERMOHONAN LAPORAN PERUBATAN SENARAI SEMAK PERMOHONAN LAPORAN PERUBATAN (LAMPIRAN 2).pdf

 

2.2 Surat Keizinan

Permohonan Laporan Perubatan oleh pihak ketiga, syarat berikut perlu dipatuhi iaitu:

 

  1. Surat Keizinan ASAL yang ditandatangani oleh pesakit ataupun waris.  Salinan Sijil Nikah/ Sijil Kelahiran pemohon menunjukkan pertalian pesakit.
  2. Jika pesakit meninggal dunia, pengesahan waris yang sah disegi undang-undang perlu menyertakan dokumen yang berkaitan sebagai bukti
  3. Permohonan Laporan Perubatan bagi pesakit warganegara asing yang tidak dapat dikesan/meninggal dunia, atau warisnya juga tidak dapat dihubungi, perlu disertakan dengan surat keizinan dari pihak Kedutaan Negara berkenaan
  4. Bagi pesakit berumur bawah 18 tahun atau pesakit yang tidak sedarkan diri atau kurang upaya mental ataupun telah meninggal dunia surat keizinan dari waris terdekat diperlukan.

 

MAKLUMAT LANJUT

Sila rujuk Pekeling Ketua Pengarah Kesihatan 16/2010 "Garis Panduan Penyediaan Laporan Perubatan Di Hospital - hospital dan Institusi Perubatan" di laman web www.moh.gov.my

Untuk penyediaan Laporan Bedah Siasat, Surat Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Bil 17/2008 (Garispanduan Bedah Siasat Mayat di Hospital-Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia) adalah terpakai.

CAJ BAYARAN adalah tertakluk kepada Akta FI 1951 Jadual H Bahagian 4

 

JENIS LAPORAN

BAYARAN (RM)

MALAYSIA

WARGA ASING

LAPORAN RINGKAS / PENDAPAT DISEDIAKAN OLEH PEGAWAI PERUBATAN

40

120

LAPORAN RINGKAS / PENDAPAT DISEDIAKAN OLEH PAKAR

80

240

PENDAPAT LENGKAP DISEDIAKAN OLEH PAKAR

(Bergantung kepada kerumitan menyediakan pendapat itu)

200 - 1000

400 - 2000

(sila rujuk Surat Pekeliling Bahagian Kewangan Bilangan 1 Tahun 2014 – Garis Panduan Pelaksanaan Perintah Fi (Perubatan) (Kos Perkhidmatan) 2014

 

TEMPOH PENYEDIAAN LAPORAN PERUBATAN

Pihak hospital akan menyediakan laporan perubatan dalam tempoh 28 hari bekerja dan dikira dari tarikh permohonan lengkap diterima.

 

Page has been accessed 1572 times
Statistic Pelawat:
Last Update:
Visiting Hour
  • Intensive Care Unit (ICU)
    • 12:30PM - 2:00PM
  • General Ward
    • Monday - Friday
      12:30PM - 2:00PM
      4:30PM - 7:30PM
    • Saturday, Sunday & Public Holiday
      12.30PM - 7.30PM
  • Emergency
    • 24 hours
  • Cafeteria
    • 8:00AM - 10:00PM
  • Medical Records Department
    • 8:00AM - 5:00PM
      (Break : 1:00PM - 2:00PM
      Friday : 12:15PM - 2.45PM)