PENGENALAN

Unit Pendidikan Kesihatan Hospital Kajang mula beroperasi pada tahun 2002 untuk menjadi sebuah pusat rujukan dalam bidang Pendidikan Kesihatan dan Promosi Kesihatan khasnya kepada penduduk sekitar Kajang melalui penyebaran maklumat kesihatan yang tepat, wajar dan sesuai. Selain itu, Unit Pendidikan Kesihatan turut mengadakan kolaborasi antara semua jabatan dan unit di Hospital Kajang dan agensi luar dalam menjalankan aktiviti pendidikan kesihatan dan promosi kesihatan.

 

VISI

Memberi perkhidmatan yang berfokus ke arah perubahan tingkahlaku kesihatan yang positif.

 

MISI

Komited untuk memberi perkhidmatan pendidikan pesakit yang berkesan dan berkualiti kepada pesakit.

 

OBJEKTIF

1. Untuk memberikan perkhidmatan pendidikan pesakit dalam aspek pemulihan dan perawatan.

2. Untuk menggalakkan perubahan tingkahlaku kesihatan yang positif dalam penjagaan pesakit.

3. Untuk memberi kemudahan informasi kesihatan kepada pesakit dan keluarga, anggota hospital dan orang awam.

4. Untuk memberikan perkhidmatan promosi kesihatan melalui kempen-kempen kesihatan dan kawalan penyakit.

 

PIAGAM PELANGGAN

1. Sentiasa memberi perkhidmatan yang cepat, cekap dan tepat serta mesra kepada pelanggan.

2. Memastikan semua kelas pendidikan pesakit dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pendidikan Pesakit.

3. Menerbit, mencetak dan mengedar bahan-bahan pendidikan kesihatan mengikut keperluan pelanggan dari masa ke semasa.

4. Memberi informasi kesihatan yang cepat, tepat dan terkini.

5. Memberi kemahiran yang releven berdasarkan penyakit yang tertentu ke arah perubahan tingkahlaku kesihatan yang positif.

  1. Memberi khidmat pendidikan pesakit secara berkumpulan dan individu
  2. Mengendalikan Klinik Berhenti Merokok
  3. Mengendalikan Klinik Sejahtera
  4. Menyediakan / menghasilkan / mengedarkan bahan-bahan pendidikan kesihatan/pesakit dan promosi kesihatan
  5. Melaksanakan aktiviti-aktiviti Kempen Cara Hidup Sihat
  6. Mengadakan sambutan Hari-hari Khas Kesihatan
  7. Memberi khidmat rundingan berhubung penerbitan bahan-bahan pendidikan kesihatan/pesakit
  8. Mengadakan aktiviti pameran mengikut tema
  9. Menganjurkan latihan/bengkel pendidikan pesakit dan perubahan tingkahlaku

HARI

MASA

 

Isnin hingga Khamis

 

8.00 pagi hingga 5.00 petang

1.00 petang hingga 2.00 petang (Rehat)

 

 

Jumaat

 

8.00 pagi hingga 5.00 petang

12.15 tengah hari hingga 2.45 petang (Rehat)

 

 

JADUAL WAKTU KELAS PENDIDIKAN PESAKIT DAN KLINIK

KELAS/KLINIK

WAKTU & TEMPAT

CATATAN

 

Kelas Pendidikan Pesakit Diabetes

 

 

Kelas Pendidikan Pesakit Darah Tinggi

 

 

Rabu  : 8.30 pagi – 10.00 pagi

(minggu pertama)

Klinik Pakar 2

 

Rabu : 8.30 pagi – 10.00 pagi

(minggu kedua/ketiga)

Klinik Pakar 2

 

Perkhidmatan Percuma

 

 

 

Perkhidmatan Percuma

 

Klinik Berhenti Merokok

 

Selasa : 2.00 petang – 5.00 petang

Klinik Berhenti Merokok/Klinik Sejahtera (berhampiran Unit Rekod Perubatan)

 

 

Perkhidmatan Percuma

 

Klinik Sejahtera

 

Khamis : 2.00 petang – 5.00 petang

Klinik Berhenti Merokok/Klinik Sejahtera (berhampiran Unit Rekod Perubatan)

 

 

Khas untuk kakitangan Hospital Kajang yang berumur 40 tahun ke atas

Page has been accessed 1523 times
Statistic Pelawat:
Last Update:
Visiting Hour
  • Intensive Care Unit (ICU)
    • 12:30PM - 2:00PM
  • General Ward
    • Monday - Friday
      12:30PM - 2:00PM
      4:30PM - 7:30PM
    • Saturday, Sunday & Public Holiday
      12.30PM - 7.30PM
  • Emergency
    • 24 hours
  • Cafeteria
    • 8:00AM - 10:00PM
  • Medical Records Department
    • 8:00AM - 5:00PM
      (Break : 1:00PM - 2:00PM
      Friday : 12:15PM - 2.45PM)