Jabatan Pediatrik, Hospital Kajang terdiri daripada:

  • Wad kanak-kanak (40 katil) yang diperuntukkan untuk Pediatrik Am 30 katil, Surgikal 5 katil dan Orto 5 katil.
  • Unit rawatan rapi bayi atau NICU (30 katil)
  • Klinik pakar kanak-kanak (3 bilik rawatan)

Wad kanak-kanak terdiri daripada 2 wad yang mampu memberi perkhidmatan kepakaran asas kepada pelanggan daripada pelbagai disiplin. Sebahagian besar perkhidmatan adalah rawatan dalaman Pediatrik am, yang lain adalah pembedahan, ortopedik dan ginekologi.

Unit rawatan rapi bayi memberi perkhidmatan rawatan intensif kepada bayi (inborn dan outborn) yang bermasalah. Rawatan kepakaran ini dijalankan oleh pakar Pediatrik am.

Perkhidmatan rawatan Klinik Kepakaran Pediatrik dijalankan 4 sesi seminggu.

Dari aspek fizikal, lokasi ketiga-tiga bahagian perkhidmatan kepakaran pediatrik yang berdekatan satu dengan lain, juga dengan unit obsterik memudahkan pengurusan tugas anggota kerja jabatan ini.

Senarai Perkhidmatan

Perkhidmatan Kepakaran Pediatrik Am.

Pesakit terdiri daripada:-

  • Semua kes Medical Pediatrik antara umur 1 bulan hingga 12 tahun.
  • Pesakit kronik seperti Thalasemia yang berumur lebih 12 tahun yang memerlukan rawatan pesakit dalam.

Pesakit-pesakit ditempatkan di Wad kanak-kanak bergantung kepada jenis dan keadaan penyakit mereka.

Kes Pediatrik Bukan Medical iaitu Surgikal, Ortopedik dan Ginekologi.

Perkhidmatan Neonatal Intensive Care Unit ( NICU)

  • NICU memberi perkhidmatan rawatan rapi kepada bayi baru lahir yang bermasalah. Kemasukan bayi ke NICU terdiri daripada 'inborn babies' (bayi yang dilahirkan di Hospital Kajang) dan 'outborn babies' (bayi yang dirujuk dari hospital / pusat bersalin di sekitar Daerah Hulu Langat)
  • NICU di jabatan ini mampu memberi rawatan rapi neonatal tahap III seperti rawatan bantuan pernafasan dengan alat ventilator. Perkhidmatan ini dijalankan oleh Pakar Pediatrik Am .

Perkhidmatan Klinik Pakar Pediatrik

Klinik Pediatrik dijalankan 3 sesi pagi setiap minggu iaitu Isnin, Rabu dan Jumaat. 1 sesi petang Klinik Thalasemia pada hari Khamis. Pakar Pediatrik bersama-sama pegawai perubatan memeriksa dan memberi rawatan kepada pesakit susulan, kes rujukan baru dan kes kronik.

Page has been accessed 6226 times
Statistic Pelawat:
Last Update:
Visiting Hour
  • Intensive Care Unit (ICU)
    • 12:30PM - 2:00PM
  • General Ward
    • Monday - Friday
      12:30PM - 2:00PM
      4:30PM - 7:30PM
    • Saturday, Sunday & Public Holiday
      12.30PM - 7.30PM
  • Emergency
    • 24 hours
  • Cafeteria
    • 8:00AM - 10:00PM
  • Medical Records Department
    • 8:00AM - 5:00PM
      (Break : 1:00PM - 2:00PM
      Friday : 12:15PM - 2.45PM)