Jabatan Patologi Hospital Kajang merupakan salah satu jabatan dalam Perkhidmatan Sokongan Klinikal. Jabatan Patologi memainkan peranan membantu Pegawai Perubatan dalam pendiagnosan dan pengawalan penyakit. Skop perkhidmatan yang ditawarkan oleh jabatan ini adalah bertaraf 'secondary extended' (Tahap II) mengikut klasifikasi Kementerian Kesihatan Malaysia. Jabatan ini memberikan perkhidmatan 24 jam sehari. Ujian-ujian patologi yang tidak ditawarkan oleh jabatan ini akan dihantar ke makmal rujukan mengikut perkhidmatan yang ditawarkan.

Jabatan Patologi terdiri dari beberapa makmal/unit seperti:-

  • Makmal Intergrasi (Patologi Kimia)
  • Makmal Transfusi Darah
  • Makmal Hematologi
  • Makmal Mikrobiologi
  • Makmal Serologi
  • Makmal Pengesanan Dadah Dalam Urin
  • Memberikan perkhidmatan penyiasatan / ujian Patologi dalam bidang Mikrobiologi, Serologi, Patologi Kimia, Hematologi dan Transfusi Darah.
  • Memberikan perkhidmatan forensik dan berkaitan dengannya.
  • Memberikan perkhidmatan bekalan darah dan komponen darah.
  • Memberi khidmat nasihat dan perundingan berkaitan aktiviti dan penyiasatan Patologi kepada pelanggan.
  • Memberikan pendedahan kepada penuntut dari institusi pengajian tinggi awam atau swasta berkaitan Perkhidmatan Patologi. 
Page has been accessed 1445 times
Statistic Pelawat:
Last Update:
Visiting Hour
  • Intensive Care Unit (ICU)
    • 12:30PM - 2:00PM
  • General Ward
    • Monday - Friday
      12:30PM - 2:00PM
      4:30PM - 7:30PM
    • Saturday, Sunday & Public Holiday
      12.30PM - 7.30PM
  • Emergency
    • 24 hours
  • Cafeteria
    • 8:00AM - 10:00PM
  • Medical Records Department
    • 8:00AM - 5:00PM
      (Break : 1:00PM - 2:00PM
      Friday : 12:15PM - 2.45PM)