Bahagian Kejururawatan bertanggungjawab dalam pengurusan perkhidmatan perawatan kepada semua pelanggan-pelanggan di Hospital Kajang. Peranan dan tanggungjawab pihak Bahagian Kejururawatan adalah mempastikan perlaksanaan polisi dan prosedur perawatan dijalankan dengan selamat, berkualiti dan kos efektif, kakitangan perawatan yang cukup mengikut norma kepakaran dan keperluan, peralatan yang digunakan berfungsi dan selamat untuk pelanggan, menguruskan latihan modal insan yang berteraskan pembinaan sahsiah diri dan kemahiran profesionalisme.

Kakitangan Bahagian Kejururawatan adalah seramai 503 dianggotai oleh jururawat-jururawat dari pelbagai gred dan anggota sokongan. Kumpulan Profesional dan Pengurusan terdiri daripada Ketua Penyelia Jururawat U42 dan Jururawat Klinikal U41. Kumpulan Sokongan terdiri daripada Penyelia Jururawat gred U36, Ketua  Jururawat U32, Jururawat U29, Jururawat Masyarakat U24 dan U19, Penolong Jururawat U14 dan U11 dan Bidan U11.

Perkhidmatan dan aktiviti perawatan di Hospital Kajang adalah merupakan tulang belakang dalam membina Jenama Unggul sebagai hospital yang berprestij dan kehadapan dalam memberi perkhidmatan dan kepuasan kepada pelanggan.

Fungsi utama bahagian ini adalah untuk memberi perkhidmatan jagarawatan kepada pesakit-pesakit. Perkhidmatan jagarawatan yang diberi ialah seperti jagarawatan pesakit dalam, perkhidmatan pesakit luar dan komuniti.

Perkhidmatan Kejururawatan terbahagi kepada 9 disiplin:-

Disiplin Kritikal

  • SCN
  • NICU
  • CCU
  • ICU

Disiplin Dewan Bedah/CSSD

  • 3 Dewan Bedah
  • Unit Khidmat Steril

Disiplin Medikal

  • 2 Wad Perubatan
  • Klinik Pakar Perubatan

Disiplin Surgikal

  • 2 Wad Surgeri
  • Klinik Surgeri
  • Pusat Endoskopi

Disiplin O & G

  • 1 Wad Obstetrik
  • 1 Wad Gine
  • 1 Wad Kelahiran
  • HDU Labour Room
  • Klinik O& G

Disiplin ED dan Ortopedik

  • 2 Wad Orthopedik
  • Klinik Orthopedik
  • Jabatan Perubatan Kecemasan (ED)

Disiplin Pediatrik & Psikiatrik

  • 1 Wad pediatrik
  • 2 Wad Psikiatri
  • Klinik Pediatrik
  • Klinik Psikiatri
  • Unit Komuniti Psikiatri
Page has been accessed 1390 times
Statistic Pelawat:
Last Update:
Visiting Hour
  • Intensive Care Unit (ICU)
    • 12:30PM - 2:00PM
  • General Ward
    • Monday - Friday
      12:30PM - 2:00PM
      4:30PM - 7:30PM
    • Saturday, Sunday & Public Holiday
      12.30PM - 7.30PM
  • Emergency
    • 24 hours
  • Cafeteria
    • 8:00AM - 10:00PM
  • Medical Records Department
    • 8:00AM - 5:00PM
      (Break : 1:00PM - 2:00PM
      Friday : 12:15PM - 2.45PM)